Thursday 26 April 2012

Rumah Burung Walit Kayu!

Salam semua,

Hari ni aku mau crita sket pasal RBW yang diperbuat dari kayu... mmg jarang orang mau buat RBW dari kayu sebab yang paling utama kerana faktor ketahanan dan mau maintain suhu... tapi bagi membina RBW daripada batu bata, blok dan simen.. kos memang tinggi dan bukan 100% dijamin berjaya.. ada yang menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk membinanya... tapi hasilnya mendukacitakan.. dan ada pulak yang berjaya... semua tu bergantung dengan rezki dari Allah dan ilmu pengetahuan dalam membina RBW yg benar2 sesuai memenuhi cita rasa burung walit tersebut...

Oleh kerana aku ni tidak mempunyai modal yg banyak untuk membina RBW batu... tambahan pula lokasi pilihan memerlukan kos yg tinggi untuk mengangkut barang2 tersebut.... aku pun putuskan untuk mencuba RBW daripada kayu mengunakan resource sekitar tapak pembinaan... Projek ni aku kongsi dengan adik aku.. modal pun dia banyak labur... aku banyak tolong manage ja....

Projek ni start tahun lepas.. 2011.. kerja2 belah kayu diambil oleh pembelah kayu professional Pakcik Gee...  mmg cun belahan dia.... ada skit2 yang x ok tu teda hal la.. janji projek ni jadi... beliau kadang2 turut dibantu oleh En.Bob dan Pakcik Itin..... Kerja pembinaan pulak diambil oleh En. Juladi... namun setelah semua tiang utama didirikan....beliau tidak dapat diteruskan kerana sebab2 yg tidak dapat dielakkan... oleh itu, kerja pembinaan di ambil alih oleh Ipar Amir sekejap dan kemudiannya oleh Arash and the Geng sampailah sekarang.... 2012.... sekarang ni suda 85% siap. harap2 x la masalah nanti... dan yang paling penting burung datang berduyun2 buat sarang.... aminnn.

Sebarang cadangan penambahbaikan bolehlah bagi kat ruangan komen... manalah tahu design aku tak cun.... ada kesalahan... atau ada yg mau di tambah.... bolehlah kita kongsi2 pengalaman.

Jom kita layan dulu gambar2 yg sempat dirakam sepanjang pembinaan RBW kayu ni... Zassssss

Pakcik Gee













1 comment:

  1. HI SAUDARA,

    SUDAH ADA HASIL DARI RBW KAH?BOLEH SHARE PENGALAMAN ?

    ReplyDelete