Wednesday 25 July 2012

12 Baka Ayam Exotic (Twelve Exotic Chicken)

Entry kali ni khas untuk tatapan aku sendiri dan untuk info jenis baka-baka ayam yang Unikss....  rupanya banyak pulak jenis ayam exotic ni... huyooo.. jom layan...

Ayam telah dipelihara secara domestik selama beribu tahun..... Haiwan ini ialah sejenis burung yang biasa dan mudah didapati, dan populasi terkininya mencecah 24 bilion...... Ayam dipelihara secara umumnya untuk bekalan makanan manusia, untuk kedua-dua daging dan telurnya...... Di sini dikompilasikan jenis-jenis atau baka ayam yang nampak agak aneh (Exotic):

1. Silkie

Silkie dikenali kerana sikapnya yang pasif. Silkies besar kemungkinan berasal dari China atau negara Asia Tenggara..... Ia diberi nama Silkie kerana bulunya yang lembut yang apabila disentuh, seperti sutera...... Ayam Silkie juga memiliki kualiti aneh yang lain, seperti daging berwarna biru tua, dan tulang serta balung biru. 

2. Naked Neck

Ayam jenis ini asalnya dari Eropah (tidak disangka ayam togel asalnya dari Eropah). The Naked Neck, Turken atau Transylvanian Naked Neck adalah satu-satunya jenis ayam yang togel di bahagian leher..... Nama Turken pula datangnya dari salah faham yang ayam jenis ini ialah kacukan ayam dengan ayam Belanda....... Jenis ini biasa dijumpai di Eropah tetapi jarang dijumpai di Amerika Utara.

3. Sultan

Jika Turken tiada bulu di leher, Sultan pula dipenuhi bulu dari hujung balung hingga ke hujung kaki...... Jenis ayam ini dikatakan berasal dari Turki........ Ayam ini biasanya hanya untuk perhiasan, dipelihara di taman semasa Kesultanan Uthman.

4. Frizzle

Ayam ini biasanya dipelihara untuk pameran, rupanya tak ubah seperti Big Bird dari siri Sesame Street.

5. Araucana

Jenis ayam ini berasal dari Chile.... Antara ciri-ciri luar biasanya; menghasilkan telur warna biru.

6. Faverolles

Faverolles berasal dari Perancis dan biasa dibiakkan untuk menyertai pameran...... Faverolles bersaiz agak besar dan memiliki janggut, kaki berbulu dan, 5 jari satu kaki seperti ayam Silkie.

7. Houdan

Jenis ayam yang sudah lama ini juga asalnya dari Perancis, dari bandar Houdan, rupanya yang cantik menyebabkan ia digemari dan popular.

8. La Fleche

Satu lagi jenis ayam yang jarang ditemui dari Perancis ialah La Fleche, ... dikenali kerana balung berbentuk huruf V...... Juga merupakan ayam untuk perhiasan dan telurnya berwarna putih.

9. Booted Bantam

Sekali tengok, tak ada apa-apa yang pelik dengan ayam jenis ini..... Booted Bantam atau Dutch Booted Bantam adalah sejenis yang dinamakan kerana bulu yang meriah di bahagian kaki  yang di panggil Sable dalam bahasa Belanda.

10. Polish

Baka dari Eropah ini dikenali kerana bulunya... Di samping balungnya, baka ayam Polish dikenali kerana bulu yang tumbuh di seluruh kepalanya hingga membentuk kon.... Ia juga ayam pertunjukan, tetapi ia asalnya dibiakkan kerana telurnya.

11. Appenzeller
File:Appenzeller Spitzhauben trio.jpg
Baka ini asalnya dari Switzerland. Ada dua variasi Appenzeller, iaitu Spitzhauben dan Barthuhner.

12. Crevecoeur

Baka yang tampak brutal ini ini jarang dijumpai dan asalnya dari Perancis.... Merupakan salah satu baka ayam tertua, kaki mereka berwarna biru-kelabu tua.

huuuu... yang last ni mcm black metal la... nampak ganazzzzz..


No comments:

Post a Comment