Thursday 26 April 2012

Rumah Burung Walit Kayu!

Salam semua,

Hari ni aku mau crita sket pasal RBW yang diperbuat dari kayu... mmg jarang orang mau buat RBW dari kayu sebab yang paling utama kerana faktor ketahanan dan mau maintain suhu... tapi bagi membina RBW daripada batu bata, blok dan simen.. kos memang tinggi dan bukan 100% dijamin berjaya.. ada yang menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk membinanya... tapi hasilnya mendukacitakan.. dan ada pulak yang berjaya... semua tu bergantung dengan rezki dari Allah dan ilmu pengetahuan dalam membina RBW yg benar2 sesuai memenuhi cita rasa burung walit tersebut...

Oleh kerana aku ni tidak mempunyai modal yg banyak untuk membina RBW batu... tambahan pula lokasi pilihan memerlukan kos yg tinggi untuk mengangkut barang2 tersebut.... aku pun putuskan untuk mencuba RBW daripada kayu mengunakan resource sekitar tapak pembinaan... Projek ni aku kongsi dengan adik aku.. modal pun dia banyak labur... aku banyak tolong manage ja....

Projek ni start tahun lepas.. 2011.. kerja2 belah kayu diambil oleh pembelah kayu professional Pakcik Gee...  mmg cun belahan dia.... ada skit2 yang x ok tu teda hal la.. janji projek ni jadi... beliau kadang2 turut dibantu oleh En.Bob dan Pakcik Itin..... Kerja pembinaan pulak diambil oleh En. Juladi... namun setelah semua tiang utama didirikan....beliau tidak dapat diteruskan kerana sebab2 yg tidak dapat dielakkan... oleh itu, kerja pembinaan di ambil alih oleh Ipar Amir sekejap dan kemudiannya oleh Arash and the Geng sampailah sekarang.... 2012.... sekarang ni suda 85% siap. harap2 x la masalah nanti... dan yang paling penting burung datang berduyun2 buat sarang.... aminnn.

Sebarang cadangan penambahbaikan bolehlah bagi kat ruangan komen... manalah tahu design aku tak cun.... ada kesalahan... atau ada yg mau di tambah.... bolehlah kita kongsi2 pengalaman.

Jom kita layan dulu gambar2 yg sempat dirakam sepanjang pembinaan RBW kayu ni... Zassssss

Pakcik Gee













Budgerigar @ budgie

Budgie 1st Batch aku.

Assalamualaikum..

Kat atas tu burung budgie batch pertama aku.. baru mau test2 untuk peliharan... insyaAllah kalau ada rezki aku akan tambah lagi utk mempercepatkan pembiakkan nya.. Budgie ni family parrot.. cuma saiz badannya kecil kalau dibanding dengan parrot lain... kalau yg besar skit sama spesis tu dipanggil english budgie... burung ni mmg sesuai sangat untuk dijadikan "pet" kepada yg baru mau try bela haiwan peliharaan... lebih kurang macam aku la.. heheh..  so, dua ekor ni masih muda lagi jd boleh la aku try jinakkan.... lgpun banyak tips2 bleh dapat terus dari internet, dari segi penjagaan, makanan, cara nak bagi jinak dan banyak lg la.. taip ja trus keluar.. hehe

Di bawah ni aku nak kongsi sikit info yg aku dapat pasal budgie ni kat internet.... tapi dalam bahasa omputih.. kita layan ja...zasssss.

Budgerigar  (Melopsittacus undulatus)

                              Budgie in the wild

Species Profile

Genus: Melopsittacus
Species: undulatus
Size: Adult Weight:
18-20 cm (7-7.8 in) 22-32g (0.8-1.1 oz)
Races including nominate:
one, with many colour mutations
Colourization Adult: Both adults yellow with scalloped upper parts, yellow face, lower cheeks tipped violet/blue, more so in the female; black spots under throat; green under parts, blue tail; blue cere in male, brown in female. Bill olive/horn in colour. Eye white.
Colourization Juvenile: Immatures duller; less spots on throat or none at all; yellow forehead barred black; tail shorter. Eye dark brown.
Call: Quiet warbling to sharp chattering, quiet screech.

Care in Captivity
Pet Suitability:
Excellent pet for beginners; can mimic speech.
Captive Status:
Widespread in captivity.
Longevity:
15 yrs
Housing:
Not less than 76cm (30 in) long.
Diet:
Complete kibble for budgerigars, seed mixture for budgerigars; fresh fruits and vegetables.
Enrichment:
Bathing; foot toys, destructible (non-toxic) toys, non-destructible (non-toxic plastic) toys, food-finder toys, preening toys, different texture and size hanging perch toys, fir branches, push-and-pull toys (sliding up and down), vegetable tanned leather toys.
Nest Box Size:
8" x 6" x 6" (20.3cm x 15cm x 15cm) or 6" x 6' x 6" (15cm x 15cm x 15cm) vertical box.
Clutch Size:
4 to 8
Incubation Time:
18 days
Fledging Age:
30 days
 

Ayam Silkie @ sutera

Salam utk semua,

Kali ni aku mau crita skit pasal ayam silkie @ sutera batch kedua yg baru diperoleh. yg batch pertama sudah menjadi santapan anjing durjana... rasa mau langgar ja anjing tu tempoh hari sampai aku kena marah bini.. buli2 dorang gotong royong lahap ayam silkie yg baru dibeli... tinggal bulu sama sedikit serpihat kulit hitam ja yg aku jumpa... dua2 ekor pulak tu.. peh.. memang hampeh.. kompom sihat walafiat la anjing tu pasni..

Batch kedua ni aku tia mau bagi chan lagi sama itu anjing.. sangkar yang dibuat kompom tahan anjing.. :).. Alhamdulillah stakat ni masih bertahan ayam2 tu walaupun sudah diserang oleh anjing yg sama sebelum ni... cuma sangkar ada kemik2 la... mudahan2 ayam2 ni bertahan dan membesar dengan sihat.. dan yg paling mustahak... membiak dengan jayanya.. aminn.

Masa mula2 beli tu, tauke tu cakap ayam Taiwan... bila aku selidik.. rupanya ayam silkie.. tapi x tau la jenis apa.. sebab aku tangok kaki dia x lebat bulu pun.. atau belum tumbuh?.....  kat bwh ni gambar yg sempat aku shoot. balik kampung minggu ni aku nak buat reban untuk ayam ni plak.... baru berjinak2 dalam dunia penternakan kecil kecilan ni, rasa best plak... semangat pun meluak2. heheh....  walaumacam mana pun masih banyak yg perlu dipelajari.. harap otai2 penternak diluar sana sudi la kongsi2 ilmu dengan saya

Tak banyak lagi dapat info pasal ayam ni.. kalau dapat nti aku kongsi bersama... kalau ada sapa2 yg ada info pasal ayam ni boleh la kongsi dengan aku.. 


White Silkie baru. (2nd Batch)


(1st batch) Tinggal kenangan.. aku jumpa bulu dan serpihan kulit ja blakang rumah..

"Arapaima Gigas"

Arapaima Gigas


Salam semua..

Kali ni aku nak crita pasal ikan Arapaima Gigas dan "Arapaima Gigas milik wife aku" ..

Ikan Arapaima Gigas merupakan salah satu spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia...(intro mantap ni)... :).. ikan ni, kalau di kalangan kaki joran atau hobi pelihara ikan mesti tau punya la.. aku pun rasa teringin juga mau try... hehe....   sedikit info pasal ikan ni...

Arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan tropis Amerika selatan atau paling tepat di sungai Amazon.... Di negara asalnya, ikan ini dikenal dengan nama Pirarucu yang artinya ikan raksasa (besar)... Ia hidup dalam suhu 24-30ÂșC.... Ikan Arapaima dapat tumbuh maksimum sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram.... Saat ini sudah sangat jarang terdapat arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter karena ikan ini sering ditangkap oleh penduduk sebagai makanan atau dieksport ke negara lain...

pergh.. Bercakap tentang ikan Arapaima ni, dulu pernah kecoh juga bahawa ada insan tidak bertanggungjawab telah melepaskan 3 ekor ikan ini di satu sungai di selangor. Ramai juga yang kata ikan ini hampir-hampir membahan kaki kanak-kanak yang kebetulan main air di sungai tersebut. Selain itu, binatang-binatang seperti monyet juga tidak berani menghampiri pinggir sungai seolah-olah sedia maklum akan kehadiran pemangsa ini.... sejauh mana kebenaran crita ni.. wallahualam..

Ikan Arapaima ini dikatakan dibawa masuk daripada Amerika Syarikat. Justeru ia merupakan ikan import. Kepada yang memelihara ikan ini, janganlah anda membuang ikan ini di merata-rata tempat jika sudah tidak mampu memeliharanya. hantarkan sahaja di zoo. atau bagi kat aku.. aku mmg minat ikan ni... Saingan ikan ni kalau di malaysia.. mungkin ikan tapah la..  kalau dua ni jumpa.. bertemulah buku dengan ruas... :)


 Tapah

Dipendekkan cerita,.. Akhirnya dapat jugak aku memiliki Arapaima GiGas.. Alhamdulillah.. kat bawah ni Arapaima gigas milik bini aku.. heheh .. (aku hantam bagi nama, bini aku relek ja)... kasi ganaz skit..



Wife dan anak aku tengah buat inspection.


Kalau sesapa yang mau guna untuk memancing atau untuk trasportation bolehlah kontek aku. sewa perpatutan dan buli runding. Area Sandakan dan Kinabatangan ja. .




Wednesday 25 April 2012

Diserang Gajah Liar

Salam,

Menggerunkan... :).. sebenarnya gajah tu bukan serang manusia, tapi kebun sawit mentua aku..... habis pucuk sawit di makan dan tumbang oleh gajah liar tu (Pygmy Elephant)..... Ingat buli la menumbak buah pertama hujung tahun ni...  Apa boleh buat.. mentua aku pun redho ja ketentuan tuhan.... nasib baik masih ada yang tinggal, tidak la terasa sangat kerugian tu walaupun hampir 30 40 pokok jugak yang rosak... Tapi ada lagi yang masih boleh di tombaks!....  lepas ni mentua aku cadang mau pasang pagar letrik... kalau tidak, gajah tu serang lagi habis trus semua nti... mau cari org tinggal di kebun tu tapi buat masa ni blum junpa la. maklumlah, susah mau cari org tinggal dlm hutan yg serba kekurangan ni.... kalau ada sapa2 mau, bleh la kontek aku k...  kat bawah ni gambar sedikit gambar serangan gajah tu.... Gambar tengah tu nampak jelas tapak kaki NENEK (Org estate sana panggil gajah dgn nama Nenek.... tidak buli panggil nama dia takut gajah tu dengar nti dia datang balik... dorang bilang la).. yang bawah sekali tu siapa tau?.......Tahi Gajah. hahah..aku snap ja pakai HP bukti kehadiran Tok Gajah.



Arash: Tukang buat RBW aku.

Tahi Nenek!


Ni la species yang rembat kebun sawit mentua aku tu.. Gambar hiasan ja dapat dari internet. lokasi kinabatangan. 

 Endangered Species (Borneo Pygmy Elephants).


Beruk Oh Beruk


Salam semua,

Sabtu baru-baru ni aku ke kebun mentua nak tengok progress rumah burung walit yg aku dan adik aku kongsi usahakan... alhamdulillah progress yg positif.. skang ni suda 80% siap... haa yg ni nanti aku crita kemudian.... yang aku nak crita sebenarnya ni pasal Beruk. kesian anak beruk ni.. pekerja estete dekat dgn kebun mentua aku tu selamatkan anak beruk ni daripada jadi magsa anjing.... ibu beruk ni sempat tinggalkan anak dia sebelum dibaham anjing pekerja estate kat situ.... mau biar ja beruk ni pun kesian jugak.., macam mana dia mau cari makan nanti?.. masih menyusu lagi ni?.. so aku dengan adik aku pun dengan rela hati offer untuk jaga beruk ni... masa dapat tu kaki sebelah macam patah. tak boleh  gerak.. setelah 2 3 kali sapun minyak gamat... dah ada progress skit... suda boleh gerak tapi masih jalan terhenjut henjut... mudahan2 dapatlah dipulihkan kaki beruk ni.. aminn.. kat bawah ni gambar anak beruk tu... (Pig-Tailed Macaque). Tiap hari bagi minum susu dalam botol. adik aku siap bangun tengah malam buat susu untuk anak beruk ni, ketawa aku dengar crita bini dia. semalam aku urut kaki dia guna minyak but but plak. insyaAllah ok.

belum ada nama lagi, ada cadangan?



(Southern Pig-Tailed Macaque @ Beruk)
Gambar Hiasan : Internet source 

Minggu depan aku nak bawa ke jab.haiwan buat lesen... . kalau tak pulih jugak kaki dia, aku nak bawa ke veterinar pulak minta check.

Tuesday 24 April 2012

Blog D.O.B

Assalamualaikum W.b.t

Syukur Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat mau buka ni blog setelah sekian lama terpendam dalam hati.... bukan apa,.... malas mau register dan setting itu ini..... dulu pernah buka blog untuk iklan biznes tapi sampai tahap mat jenin ja la...... Oleh kerana hari ni ada free sikit, kerja opis semua sudah selesai...... maka aku pun tekad untuk register blog ni...... Tengok org lain ada blog pasal hobi dan bisnes dorang, aku pun teringin la juga..... Boleh la anak aku baca bila dia besar nti pasal hobi dan aktiviti bapa dia sebagai "orang kampung" dan untuk tempat aku kongsi maklumat dengan kawan2 lain...... So, sekiranya ada maklumat yang tidak tepat harap diperbetulkan.... dan pihak "Orang Kampung" lifestyle tidak akan bertanggungjawab. sekian....


Note : di luar sekarang hujan lebat, so.. mau kasi alih kenderaan dulu..... takut tenggelam.


Date of Registered: 25.04.2012