Wednesday 25 July 2012

12 Baka Ayam Exotic (Twelve Exotic Chicken)

Entry kali ni khas untuk tatapan aku sendiri dan untuk info jenis baka-baka ayam yang Unikss....  rupanya banyak pulak jenis ayam exotic ni... huyooo.. jom layan...

Ayam telah dipelihara secara domestik selama beribu tahun..... Haiwan ini ialah sejenis burung yang biasa dan mudah didapati, dan populasi terkininya mencecah 24 bilion...... Ayam dipelihara secara umumnya untuk bekalan makanan manusia, untuk kedua-dua daging dan telurnya...... Di sini dikompilasikan jenis-jenis atau baka ayam yang nampak agak aneh (Exotic):

1. Silkie

Silkie dikenali kerana sikapnya yang pasif. Silkies besar kemungkinan berasal dari China atau negara Asia Tenggara..... Ia diberi nama Silkie kerana bulunya yang lembut yang apabila disentuh, seperti sutera...... Ayam Silkie juga memiliki kualiti aneh yang lain, seperti daging berwarna biru tua, dan tulang serta balung biru. 

2. Naked Neck

Ayam jenis ini asalnya dari Eropah (tidak disangka ayam togel asalnya dari Eropah). The Naked Neck, Turken atau Transylvanian Naked Neck adalah satu-satunya jenis ayam yang togel di bahagian leher..... Nama Turken pula datangnya dari salah faham yang ayam jenis ini ialah kacukan ayam dengan ayam Belanda....... Jenis ini biasa dijumpai di Eropah tetapi jarang dijumpai di Amerika Utara.

3. Sultan

Jika Turken tiada bulu di leher, Sultan pula dipenuhi bulu dari hujung balung hingga ke hujung kaki...... Jenis ayam ini dikatakan berasal dari Turki........ Ayam ini biasanya hanya untuk perhiasan, dipelihara di taman semasa Kesultanan Uthman.

4. Frizzle

Ayam ini biasanya dipelihara untuk pameran, rupanya tak ubah seperti Big Bird dari siri Sesame Street.

5. Araucana

Jenis ayam ini berasal dari Chile.... Antara ciri-ciri luar biasanya; menghasilkan telur warna biru.

6. Faverolles

Faverolles berasal dari Perancis dan biasa dibiakkan untuk menyertai pameran...... Faverolles bersaiz agak besar dan memiliki janggut, kaki berbulu dan, 5 jari satu kaki seperti ayam Silkie.

7. Houdan

Jenis ayam yang sudah lama ini juga asalnya dari Perancis, dari bandar Houdan, rupanya yang cantik menyebabkan ia digemari dan popular.

8. La Fleche

Satu lagi jenis ayam yang jarang ditemui dari Perancis ialah La Fleche, ... dikenali kerana balung berbentuk huruf V...... Juga merupakan ayam untuk perhiasan dan telurnya berwarna putih.

9. Booted Bantam

Sekali tengok, tak ada apa-apa yang pelik dengan ayam jenis ini..... Booted Bantam atau Dutch Booted Bantam adalah sejenis yang dinamakan kerana bulu yang meriah di bahagian kaki  yang di panggil Sable dalam bahasa Belanda.

10. Polish

Baka dari Eropah ini dikenali kerana bulunya... Di samping balungnya, baka ayam Polish dikenali kerana bulu yang tumbuh di seluruh kepalanya hingga membentuk kon.... Ia juga ayam pertunjukan, tetapi ia asalnya dibiakkan kerana telurnya.

11. Appenzeller
File:Appenzeller Spitzhauben trio.jpg
Baka ini asalnya dari Switzerland. Ada dua variasi Appenzeller, iaitu Spitzhauben dan Barthuhner.

12. Crevecoeur

Baka yang tampak brutal ini ini jarang dijumpai dan asalnya dari Perancis.... Merupakan salah satu baka ayam tertua, kaki mereka berwarna biru-kelabu tua.

huuuu... yang last ni mcm black metal la... nampak ganazzzzz..


Arnab Beranak + Ayam silkie bertelur (1 Ramadhan)

Salam...


Syukur Alhamdulillah... baru2 ni aku balik ke kampung untuk sambut 1Ramadhan dengan Family... balik kali ni mmg happy sangat.. sudahlah dapat sambut 1st puasa dengan family... awal pagi Ramadhan tu Arnab aku yg dibela dari kecik pula melahirkan cucu aku buat kali pertama... 5 ekor kesemuanya... ditambah lagi dengan ayam silkie yg dibeli pada usia 2 bulan dulu, sekarang dah bertelur for the 1st time.... perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...... hahaha gumbira....






mudah-mudahan semua anak2 arnab ni dapat bertahan dan membesar dengan sihat... buat ayam silkie pula, harap2 pandailah dia mengeramkan telur2 tu (ayam blum ada experience lg, takut dibiarkan pula)....  Hari ni (25/7) aku cek sudah ada 5 biji telur... :)






Kerana aku excited sangat, so aku pun surf la sedikit cara untuk penjagaan anak arnab ni (ilmu didada blum cukup umur..hehe)... Jom kita kongsi sama2...


Penjagaan Anak Arnab
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.


Menjelang kelahiran
-Penyediaan kotak - 3 hari sebelum beranak
-Kotak anak - dibasmi kuman menggunakan disinfectant seperti , Omnicide .
-Cara penggunaan :l 60ml Omnicide + 10 liter air.
Langkah disinfection:
-Kotak dicuci – larutan omnicidel Dibersihkan – air
-Dijemur dibawah cahaya mataharil Kotak diisi - habuk kayu, rumput kering, siratan surat khabar
- ibu arnab tempatkan anaknya dan elakkannya dari kesejukan.
-Pakai sarung tangan - dicelup Dettoll - elak ibu agresif terhadap anak.
-Buat pembersihan kotak sangkar - elak penyakit.
-Kotak anak dibuka - umur anak 21 hari
Pengurusan anak (1 hari-30 hari )
-Membuat catatan dalam rekod kelahiran:l No. ibul No. bapa
-Tarikh Jumlah anak Berat semasa kelahiran
-Catat pada borang dan kotak anak (umur 1 hari)
-Sangkar sentiasa dibersihkan - elakkan sebarang penyakit
-Rabbit Lactation Pellet’ diberi kepada ibu - menggalakkan penghasilan susu yang baik.
-Sepanjang tempoh awal penyusuan, ibu dan anak tidak boleh diganggu - dikhuatiri ibu akan membunuh anaknya.

Masa Menyusu Anak
Ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.Ibu angkatSekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.


Cerai Susu
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah sebulan.Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa kesemasa.Setiap arnab yang dipilih hendaklah diletakan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dipilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging) anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar cecara berkumpulan selama 20 – 45 hari lagi
Arnab perlu diasingkan mengikut tahap umur dan saiz. Kalau tak akan berlaku pergaduhan yg boleh membawa maut atau kecacatan ke atas arnab-arnab.

Pengurusan Semasa Cerai Susu
-Asingkan anak dan ibu
-Tulis nombor pada telinga anak arnab
-Tulis rekod berat badan anak
-Tentukan jantina anak
-Timbang berat anak
-Pemilihan baka dilakukan
-Asing anak arnab mengikut jantina
-Pasang palong makanan pada sangkar tersebut
-Singkiran - ‘notching ‘dilakukan
-Borang singkiran diisil Baka - dipasang ‘ear tag’
-Isi borang pindah stok
-Sebelum pindah anak - pasang palong makanan dan minuman
-Beri makanan ‘Grower Pellet’ (pembesaran) diberi - ad-lib
-Cerai susu dilakukan - hari ke 30
-Untuk baka - dihantar ke kandang 6 dalam masa 70 hari.


Penentuan Jantina 
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan. 

Sekian.. terima kasih..... harap info ni berguna untuk semua...


SALAM RAMADHAN

 


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... sekali lagi kita berpeluang untuk menyambut Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan pada tahun 2012 ini..... jadi aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa khas buat pengunjung blog ini yang beragama Islam... Mudah-mudahan kita diberkati dan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.w.t... "Marilah kita tingkatkan amal ibadah  di bulan yg mulia ini"... Salam Ramadhan dari "Orang Kampung Lifestyle"...