Salam untuk Semua..
Hari ni mau kongsi skit pasal hukum memelihara burung...!!
Firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan
Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga
benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya
(al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).
Ayat
ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan
haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia,
maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua
keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka
larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada
penggunaan yang salah dan sebagainya.
Menikmati keindahan ayam
serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi
pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas
kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang
sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika
bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati
keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun
jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam
serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat
kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman,
kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan
bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam
tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu
dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk,
tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa
kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka
supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi
jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus
membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan
serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam
dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang
melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Berpandukan mukadimah ini,
kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang
perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara
perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang
dibela untuk hiasan rumah.
Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syarat berikut:
1.
Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat
orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu
bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada
Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh
pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam
sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan,
baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang
memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya,
lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda
rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda
selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu
hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung
kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.
Melihat
kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w. tidak
melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika
perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya dan
menyuruh melepaskan burung tersebut.
Al-Damiru dalam kitabnya
Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara
burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela
burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan
memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang
menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn
Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu
adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnyadaripada
hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang
burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, keranamanusia
menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh
sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan
tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan
iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
Wallah a'lam
sumber : blog burung2u.
No comments:
Post a Comment