Arapaima Gigas
Salam semua..
Kali ni aku nak crita pasal ikan Arapaima Gigas dan "Arapaima Gigas milik wife aku" ..
Ikan Arapaima Gigas merupakan salah satu spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia...(intro mantap ni)... :).. ikan ni, kalau di kalangan kaki joran atau hobi pelihara ikan mesti tau punya la.. aku pun rasa teringin juga mau try... hehe.... sedikit info pasal ikan ni...
Arapaima, pirarucu, atau paiche (Arapaima gigas) adalah jenis ikan air tawar terbesar di dunia yang berasal dari perairan tropis Amerika selatan atau paling tepat di sungai Amazon.... Di negara asalnya, ikan ini dikenal dengan nama Pirarucu yang artinya ikan raksasa (besar)... Ia hidup dalam suhu 24-30ÂșC.... Ikan Arapaima dapat tumbuh maksimum sepanjang 3 meter dan berat 200 kilogram.... Saat ini sudah sangat jarang terdapat arapaima yang berukuran lebih dari 2 meter karena ikan ini sering ditangkap oleh penduduk sebagai makanan atau dieksport ke negara lain...
pergh.. Bercakap tentang ikan Arapaima ni, dulu pernah kecoh juga bahawa ada insan tidak bertanggungjawab telah melepaskan 3 ekor ikan ini di satu sungai di selangor. Ramai juga yang kata ikan ini hampir-hampir membahan kaki kanak-kanak yang kebetulan main air di sungai tersebut. Selain itu, binatang-binatang seperti monyet juga tidak berani menghampiri pinggir sungai seolah-olah sedia maklum akan kehadiran pemangsa ini.... sejauh mana kebenaran crita ni.. wallahualam..
Ikan Arapaima ini dikatakan dibawa masuk daripada Amerika Syarikat. Justeru ia merupakan ikan import. Kepada yang memelihara ikan ini, janganlah anda membuang ikan ini di merata-rata tempat jika sudah tidak mampu memeliharanya. hantarkan sahaja di zoo. atau bagi kat aku.. aku mmg minat ikan ni... Saingan ikan ni kalau di malaysia.. mungkin ikan tapah la.. kalau dua ni jumpa.. bertemulah buku dengan ruas... :)
Tapah
Dipendekkan cerita,.. Akhirnya dapat jugak aku memiliki Arapaima GiGas.. Alhamdulillah.. kat bawah ni Arapaima gigas milik bini aku.. heheh .. (aku hantam bagi nama, bini aku relek ja)... kasi ganaz skit..
Wife dan anak aku tengah buat inspection.
Kalau sesapa yang mau guna untuk memancing atau untuk trasportation bolehlah kontek aku. sewa perpatutan dan buli runding. Area Sandakan dan Kinabatangan ja. .
No comments:
Post a Comment