Friday, 25 May 2012

Java Sparrow




Cantik menarik tertarik.... ni la java sparrow... sedikit yg aku tau pasal java sparrow ni, ia juga dikenali sebagai Java Finch, Java Rice Sparrow atau Java Rice bird... kalau dalam bahasa tempatan kita, dipanggil pipit.... saiz lebih kurang sama dengan burung pipit yg ada di negara kita cuma warnanya berbeza.... yg ada di sini (borneo) warna coklat kepala hitam... burung java sparrow ni adalah burung pipit local di indon terutama di Bali, jawa dan bawean... sangat popular bagi peminat burung, sebagai burung peliharaan.... bukan sahaja di negara kita tapi di kebanyakkan negara lain di dunia... saiz burung ni lebih kurang 5 ke 6 inci.... dan jika dijaga dengan betul mampu untuk hidup sehingga 10 tahun atau lebih... bagi tujuan pembiakan pula.... saiz cage yg minima dan ideal ialah 28"panjang x 16" tinggi x 16" dalam... tempat bertelur boleh juga menggunakan nestbox lebih kurang mcm nestbox budgie.... stakat ni dulu yg aku tau... kalau ada pembetulan atau tambahan info amat dialu alu kan.... TQ

Saudara baru 2 ekor Java Sparrow di Orang Kampung Lifestyle... sekarang ni ditempatkan sementara bersama2 budgie.... lagipun dietnya hampir sama...





SANGKAR BURUNG ( DIY BIRD CAGE)

Inilah rupa sangkar burung (bird cage) yg berjaya disiapkan bersama2 sangkar kura2 yg aku crita hari tu..... walaupun kurang cantik tapi kira ok la... kampung style... sangkar ni hasil kerja tangan cousin aku Ruddy dan aku.... sampai malam jugak kami buat time tu... alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun tak seberapa..... Ukuran penuh 6"x 3"x 2"...  2 pintu ukuran 3x3x2. dan 1 pintu ukuran 3x3x3.... Sangkar ni aku tempatkan Burung Budgie dan Pink Necked Green Pigeon (Punai). (maaf la gambar x cantek... pakai HP ja ambil)
















Tuesday, 22 May 2012

Kura-Kura dalam Perahu, Pura-Pura Tidak Tahu!



Salam orang kampung...


Kali ni orang kampung mau crita skit pasal kura2.... Almaklum la orang kampung... suka pelihara binatang... kira pencinta binatang la ... jaga dengan baik... bagi makan cukup... seronok tengok binatang2 tu makan..... baru2 ni pegi pasar minggu sandakan nampak ada jual kura2 local yg biasa ditemui di asia... bentuk macam helmet... nama santipiknya "cuora amboinensis" atau amboina box turtle atau southest asia box turtle... kura2 ni termasuk dalam spesis Asian box turtle... Dipendekkan crita... emak aku berkenan, saja untuk temankan binatang2 yg dipulihara... harga pun x mahal jadi aku pun beli la 2 ekor... mau tau jantan betina pun x pandai tengok lagi... main ambil ja...  bila bawa p rumah maka bermulalah kerja2 membuat sangkar tempat untuk kura2 ni lepak...kasi kluar peluh sket2.... Alhamdulillah dapat juga siapkan sangkar burung dan sangkar kura2 time cuti tu...


coura amboinensis dalam sangkar yg sudah siap.. 


Info Kura2: Antara spesis yang boleh ditemui di dunia ni... planet lain aku tia tau.... sebenarnya byk lagi spesis lain.. yg ni diantaranya sahaja... layan ja....



geoemyda spengleri
juga dikenali sebagai : black-breasted leaf turtle dan black breasted hill turtle
habitat semulajadi : banyak dijumpai di Kwangsi, Kwangtung, dan Pulau Hainan di selatan China, Vietnam, Pulau pulau Sumatera, Borneo dan Okinawa. banyak terdapat di pinggir sungai.
Notochelys platynota (Kura Pipih – Vulnerable)
kura kura jenis ini banyak terdapat di kawasan asia tenggara.
habitat : paya, sungai dan kolam
heosemys spinosa
banyak mendiami hutan hujan tanah rendah dan bukit. banyak terdapat di Brunei, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Myanmar
emydura subglobosa

juga dikenali sebagai penyu utara berleher pendek. banyak terdapat di tropika Australia dan New Guinea.
cuora amboinensis
juga dikenali sebagai ambonia box turtle. banyak ditemui di Asia.
red ear slider (kura kura brazil)
berasal dari Amerika Syarikat. lebih banyak menjadi pilihan untuk dibela.
Adult Galápagos tortoise 
Galapagos Tortoise
 Scientific Name:  Geochelone (Chelonoidis) nigra
Family:  Testudinidae
Adult Size:  More than 500 lbs
Range:  Galapagos Islands, Equator.
Habitat:  Larger species inhabit rocky hillsides in the higher elevations with more lush vegetation. The smaller species inhabit the lower elevation drier grasslands.
 Eastern Box Turtle
Scientific Name:  Terrapene carolina
Family:  Emydidae
Adult Size:  4 to 8 inches.
Range:  Most of the United States east of the Rocky Mountains and down into a large part of Mexico.
Habitat:  Woodlands, grasslands and marshes. Generally found near streams and ponds.

 

Pelanduk @ Napuh

Salam 1Kampong....

Pelanduk @ Kancil @ napuh?..... susah juga mau bezakan... aku ingat pelanduk kacil tu sama ja... rupanya ada 2 spesis... 1st...Kancil (Lesser Mousedeer)... 2nd.. Napuh (Greater Mousedeer)... antara dua2 ni... yang selalu tipu orang, buat pura2 mati ialah spesis kancil.... banyak juga dengar cerita org kena tipu.... kancil ni dia buat mati sampai berlalat.... ingatkan mati... sekali buang... trus memecut lari... patut la ada kiasan... bijak mcm kancil.....  Napuh pula saiz dia besar sedikit dari kancil... tapi x pandai pura2 mati..

crita pasal pelanduk ni... baru2 ni ada beli pelanduk dari org kampung... bila suda beli sayang plak mau makan... sebab... beli hidup2... jadi aku pun buatkanlah kandang utk pelanduk ni dibantu oleh EB... alhamdulillah.. hidup plak dia... sekarang ni sudah jinak dan boleh bagi makan (handsfeed) tepi kandang.... rasa mcm di zoo beb...  yang ni spesis napuh... so family aku bagi nama dia "napu"... bagi makan kangkung, lobak dan pucuk ubi manis... makan sampai licin..   Nama siantipik "tragulus napu".... masih belum status terancam lg dari IUCN.... kalau dalam list hidupan liar... dia ni masuk game spesis... tapi aku ingat tidak ramai org memburu binatang ni... kecik sangat, buang peluru ja......  kalau dapat pasangan dia bagus jugak ni... boleh try biakkan dan untuk tujuan pemuliharaan spesis ni....


Kandang Napu

Dalam kotak masa mula2 beli hari tu



Monday, 21 May 2012

Update: Beruk (Pig-tailed Macaque)


Salam semua...

Update terbaru anak beruk yatim piatu (MAX).... alhamdulillah.. kaki anak beruk ni sudah beransur pulih... jalan pun suda stedy... rumahnya pun sudah siap hasil usaha aku, EB, boy, zul dan arip... baru la selesa sikit... luas dan ada tempat untuk bermain... tunggu besar skit baru latih untuk ambik buah mangga.. :)




PANCING : Sungai Biru



Lokasi : Kolam Sungai biru, Ranau. Sabah.


Doa Jinakkan Binatang

Salam semua.. tengah surf2 internet cari doa2... jumpa pla doa ni.... yang saya kira berguna untuk peminat2 binatang peliharaan... terutama sekali yang masih liar... yang penting kita yakin pada kuasa Allah.... caranya... baca ayat tu, tiup atau baca ja sambil usap2 kepala haiwan tu ataupun time bagi mandi..... rajin2 la baca... dan niat mudahan2 dengan kuasa Allah haiwan peliharaan kita jinak... insyaAllah jinak......yang baik itu daripada Allah... dan yg buruk itu datang dari kelemahan diri kita sendiri....


Surah Al-Imran ayat-83


Maksudnya:
Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali.

Rumi:
 "afaghaira di nillahhi yab ghuna wa lahu aslama man fis samawati wal ardhi dhow an wa karhan wa ilaihi turja'un"

Thursday, 17 May 2012

Giant Tortoise!

Boy dan KuraKura (Manouria emys)

"Manouria Emys".......... Nama saintipik kura2 yang aku, boy dan pawie jumpa dalam hutan belakang kebun mentuaku... 1st time dalam hidup jumpa kura2 macam ni punya saiz..... amat2 teruja la.... apa lagi trus angkat bawa balik..... tapi dalam perjalanan keluar banyak dugaan yang terpaksa ditempuh.... hujan turun x berhenti2... last2 buat keputusan hantar ke mini zoo batu 14..... bagi percuma.... bukan rezki aku jaga benda ni...

Waktu mau bawa keluar dari hutan tu, bukan senang mau angkat ni barang ooo... terpaksa buat pengusung utk 2 org angkat.... dari jauh nampak macam bawa pelanduk... sampai rumah .... alalalalai... "Kereta Kebal"... :)











Friday, 4 May 2012

HUKUM PELIHARAN BURUNG DALAM SANGKAR!

Salam untuk Semua..

Hari ni mau kongsi skit pasal hukum memelihara burung...!!

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).

Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.

Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.

Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).


Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.

Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syarat berikut:

1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.

Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.

Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w. tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya dan menyuruh melepaskan burung tersebut.

Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.

Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnyadaripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, keranamanusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.

Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
 

Wallah a'lam

sumber : blog burung2u.


Thursday, 3 May 2012

Angry Bird Ori.


 
The Real Angry Bird!!! Mana mau cari yang warna merah tu?... sapa2 ada info bleh la msg aku... TQ